|
Tanggungjawab:
• Bertanggungjawab untuk menguruskan kandungan dan platform
internet dan produk serta perkhidmatan internet dan keupayaan untuk
menguruskan pelayan dan tetingkap laman web.
• Menyediakan pelan dan strategi teknikal sebagai pentadbir
e-dagang dan mampu untuk melaksanakan pengurusan kandungan dan
pengurusan media maklumat untuk bahagian media baru.
• Merancang, mengurus dan melaksanakan reka bentuk produk dan perkhidmatan asas laman web.
• Mengemaskini aksesori produk yang sedia ada dan yang baru.
• Mewujudkan ‘Standard Operation Procedures’ promosi dalam
menyokong laman web untuk menjadi teratas dalam senarai enjin carian.
• Membantu untuk menyediakan khidmat perundingan yang berkaitan dengan komunikasi web dan teknologi Media Baru.
• Menyediakan pelan dan strategi untuk memastikan produk dan
perkhidmatan Media Baru dijaga pada setiap masa dengan jelas.
• Membantu Pengurus Media Baru dalam menguruskan kandungan dan
maklumat media untuk penerbitan e-dagang dan prosedur yang jelas serta
mematuhi peraturan berkanun.
• Membantu pengurus bagi penubuhan "Pembangunan Strategi Perniagaan E-Dagang"
• Menguruskan operasi produk dan pengedaran melalui platform e-dagang.
• Membantu untuk menyediakan khidmat perundingan yang berkaitan dengan komunikasi web dan teknologi Media Baru.
• Memastikan tugas untuk menapis produk dan perkhidmatan
kandungan dan menyunting maklumat dilakukan untuk Media Baru untuk
menerbitkan dan menyalurkan ke jabatan dalaman dan pelanggan luar pada
setiap masa.
Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Kejuruteraan, Pemasaran (E-Dagang), Multimedia Kreatif atau yang setaraf
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman berkaitan
• Berpengalaman tentang e-dagang dan sistem operasi Nix,
aplikasi HTML, HTTP, XML, Dreamweaver, Kentico CMS, ASPX, Quark Xpress
dan Fireworks
• Pengetahuan di dalam pengaturcaraan seperti C+ dan Java
• Baik dari segi penulisan dan komunikasi bahasa Melayu dan Inggeris
• Mempunyai personaliti yang baik
•Mampu bekerja dalam berkumpulan
Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat
yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada
calon-calon yang layak. Pemohon yang berminat hendaklah menghantar
resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama
dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:-
Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com
Website : www.tvalhijrah.com
*Hanya penghantaran dokumen yang lengkap sahaja akan dilayan.
Tarikh Tutup : 1 Oktober 2014
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment